DEFENCE SERVICE ASIA (DSA) 2018

DSA 2018

Pameran dan pertunjukan pertahanan DSA 2018 akan sekali lagi dianjurkan buat kesekian kalinya pada tahun ini di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Kali ini, DSA 2018 dianjurkan di pusat pameran terbesar di Malaysia, dan dengan saiz pameran yang lebih besar berbanding DSA 2016 yang lepas.

Kali ini, DSA 2018 akan turut memperkenalkan National Security Asia (NatSec Asia), suatu pameran khas mengenai keselamatan nasional di peringkat Asia. Adalah amat membanggakan apabila Malaysia berjaya menjadi satu hub dalam industri keselamatan di Asia, mengatasi negara-negara lain di rantau ini. Kejayaan Malaysia menjadi hub di Asia ini adalah bukti bahawa negara lain melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil.

Dengan penyertaan yang dianggarkan sebanyak 1,200 syarikat daripada lebih 60 negara, keberkesanan Malaysia sebagai peneraju di dalam pembangunan industri pertahanan mula terserlah. Segala usaha dan komitmen yang diberikan sebelum ini menerusi Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Keselamatan Negara membuahkan hasil yang akan membawa pulangan jutaan ringgit kepada negara. Perolehan bernilai lebih 1 billion ringgit dijangka akan dimeterai di antara Malaysia dan negara lain dengan peserta DSA2018 di sepanjang pameran ini berlangsung.

Semoga segala usaha murni kerajaan memantapkan pertahanan negara dan rantau ini akan terus membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Share: