TAHNIAH, ANGKATAN WATANIAH!

Wataniah

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pertahanan telah bersetuju menaikkan elaun anggota dan pegawai Askar Wataniah yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia. Kenaikan elaun ini melibatkan kesemua pegawai dan anggota lain-lain pangkat di dalam pasukan itu.

Berkuatkuasa pada 10 Mac 2018, pegawai Askar Wataniah dinaikkan bayaran elaun sebanyak RM2.00, menjadikan kadar bayaran elaun baharu ialah RM9.80 sejam berbanding 7.80 sejam. Anggota lain-lain pangkat turut menerima jumlah kenaikan yang sama, menjadikan kadar bayaran elaun baharu mereka sebanyak RM8.00 berbanding RM6.00 sejam.

Ini adalah sebahagian usaha kerajaan menghargai sumbangan Askar Wataniah di dalam mempertahankan keselamatan negara, serta sebagai suatu galakan agar lebih ramai rakyat Malaysia yang patriotik dapat menyertai pasukan ini.

Tanpa pertahanan yang ampuh, keamanan tidak akan dapat dicapai. Kerajaan yang lemah tidak akan dapat mengawal keselamatan negara dengan baik, malah kesejahteraan rakyat turut akan terjejas. Bersama kita pertahankan Malaysia yang kita cintai!

Share: