RAMD

Isu pembubaran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) oleh DAP, sememangnya amat menyentuh hati dan sensitiviti ramai pihak meskipun DAP tahu bahawa RAMD adalah keistimewaan yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP amat mementingkan hak sama rata antara semua kaum, dan tidak ada mana-mana kaum yang lebih istimewa berbanding kaum lain. Semua kaum juga akan mempunyai hak yang sama di bawah konsep yang diperjuangkan DAP ini.

Pengkhususan istimewa terhadap Rejimen khas askar Melayu (RAMD) ini yang jelas bertentangan dengan Malaysian Malaysia, membolehkan wujud dua kemungkinan keadaan sekiranya DAP menang dalam PRU kelak. Pertama, RAMD mungkin akan dibubarkan, ataupun Rejimen Askar Cina Diraja dan Rejimen Askar Tamil Diraja, akan ditubuhkan atas alasan menjaga kepentingan kaum-kaum lain.

Maka, dapat disimpulkan bahawa sekiranya DAP memerintah, Angkatan Tentera Malaysia mungkin akan kehilangan RAMD, atau mendapat anggota tambahan menerusi penubuhan RACD dan RAID, untuk memenuhi kehendak perjuangan Malaysian Malaysia.

Share: