PEMBENTUKAN SAHSIAH JATI DIRI MELALUI PLKN 2.0

PLKN 2.0

Tuduhan Persatuan PATRIOT Kebangsaan ke atas PLKN 2.0 sebagai kem percutian adalah amat tidak cerdik. Tuduhan yang dilemparkan seakan-akan memperkecilkan tujuan dan objektif program PLKN 2.0 yang dirangka untuk menerapkan semangat cintakan negara, serta mampu melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang tinggi.

Apa yang telah dilaksanakan merupakan satu inisiatif yang patut dikaji daripada aspek positif untuk tempoh jangka masa panjang. Selain pembentukan nilai-nilai kecintaan kepada negara dan jati diri, program yang dilaksanakan terbukti berupaya mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, menimbulkan keprihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat. Hal ini tidak mungkin dicapai tanpa satu program khas sebagaimana modul-modul PLKN 2.0.

Program ini berbeza dengan pelaksanaan khidmat negara di beberapa negara lain yang bertujuan ketenteraan. Keunikan ini adalah berasaskan kepada faktor-faktor seperti melibatkan semua kaum tanpa mengira jantina, berteraskan Rukun Negara, mempunyai kurikulum multi·disiplin, bukan berbentuk kerahan tenaga atau ‘military conscripts’ dan mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu. PLKN 2.0 ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai objektif untuk melahirkan pewaris negara yang berjiwa perintis, bersemangat waja serta bercita·cita tinggi mampu menempuhi segala cabaran dan dugaan yang ada untuk mencapai kejayaan.

Share: