RELA
  1. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia adalah sebuah badan sukarela beruniform yang diberi latihan ala tentera, bagi membantu kerajaan mengawal keselamatan dan ketenteraman negara.
  2. Selepas berlakunya Peristiwa Berdarah 13 Mei pada 1969, pimpinan negara menyedari perlunya diwujudkan satu pasukan sukarela bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah ketenteraman awam dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, RELA telah ditubuhkan di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964.[1].
  3. Penubuhan RELA memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. Mereka ini ialah sukarelawan yang menawarkan khidmat secara sukarela kepada rakyat dan negara. Mereka tidak mengharapkan pendapat daripada tugas mulia ini.
  4. Sama seperti Askar Wataniah, kebanyakan ahli RELA adalah individu berkerjaya, peniaga atau penjawat awam yang berminat menyumbang tenaga kepada masyarakat. Ahli RELA bukanlah suatu kerjaya. Ia adalah tanggungjawab sosial.
  5. Tindakan Pengerusi Biro Buruh DAP Kebangsaan yang menuduh kerajaan mempergunakan anggota RELA tetapi tidak menjaga kebajikan mereka, adalah amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat. Tugas RELA sebagai sukarelawan sepatutnya tidak berbayar.
  6. Kerajaan telah menyediakan pelbagai keperluan seperti uniform, kasut, peralatan komunikasi dan latihan kemahiran wajib dari masa ke semasa untuk tujuan kebajikan mereka. Pembayaran elaun RELA pula adalah atas ihsan kerajaan yang menghargai sumbangan sukarela para anggota ini, dan ia tidak seharusnya dipolitikkan.
  7. Tidak ada mana-mana parti pembangkang yang mampu menguruskan agensi sukarela mereka sendiri, setanding dengan RELA.
Share: