ISU PEMILIKAN RUMAH OLEH TENTERA TERBELA

sasar

Tahukah anda bahawa isu pemilikan rumah oleh tentera dan Pesara ATM telah menjadi inisiatif pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan agar pemilikan Rumah Mampu Milik (RMM) dapat direalisasikan.

Sebelum ini panas apabila terdapat isu yang dimomokkan oleh pihak yang kononnya pesara tentera dan tentera tidak mampu untuk memiliki rumah.

Sebenarnya pemilikan rumah dikalangan tentera telah lama dilaksanakan namun ianya tidak diviralkan untuk orang-orang biasa, namun dipromosikan untuk tentera sahaja. Selain PR1MA, PPA1M, RUMAWIP, dan Program Skim Rumah Pertama, kerajaan sebenarnya telah melaksanakan program SASaR (Satu Anggota Satu Rumah) dengan cadangan awal untuk menyediakan rumah sebanyak 25,000 yang dibahagikan kepada 70% kepada anggota tentera dan baki 30% khas untuk pesara tentera.

Penyediaan kuarters untuk anggota juga turut diutamakan sebenarnya, dengan kerajaan telah menyediakan peruntukkan  untuk lebih 5,000 unit di seluruh kem dalam negara.

Semoga dengan inisiatif yang telah dilaksanakan ini akan terus memberi motivasi kepada tentera untuk terus menabur bakti kepada negara.

InshaAllah….

Share: