KESELAMATAN ASET TUDM ATAU KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA???

PUKL

Knape ‘puak-puak PH’ duk mainkan isu pemindahan TUDM ke Sendayan..perlu ke mereka yang tidak faham tentang strategi pertahanan negara memberi luahan dan kritikan pasal isu ini.

Mereka (PH) bukannya terlatih dalam isu keselamatan negara, kalau mereka expert cuba mereka bagi asas kenapa TUDM perlu kekal Di Pangkalan Udara KL.. Tidakkah mereka fikir akan risiko-risiko bencana yang akan berlaku sekiranya berlaku eksiden pesawat terhempas, sabotaj pesawat oleh musuh-musuh negara. Fikir le dengan akal bukan dengan kepala lutut….

Apa yang pihak kerajaan laksanakan sebenarnya untuk menghindarkan ancaman-ancaman yang akan wujud untuk memastikan keselamatan rakyat dan negara.

Di samping itu, ATM sendiri dalam proses memodenkan aset ketenteraan perlu ber’hijrah’ seiring dengan perubahan semasa dalam pertahanan negara. Penghijrahan ini akan memberi keselesaan kepada wira-wira negara untuk terus menabur bakti kepada tanah air tercinta. Tidak perlulah saya ulas lebih tentang hasrat ATM sebab yang penting keselamatan negara terjaga. Dalam pada itu, dengan infrastruktur yang baru, sistem pertahanan negara akan lebih power…

Coretan: Bekas Tentera Tidak Berpencen

Share: