Derita Berita Palsu Siri 2 : Sharifah Sofia Syed Rashid

Sebilangan kecil rakyat Malaysia mungkin pernah terdengar nama Sharifah Sofia Syed Rashid, seorang pengguna Facebook yang aktif menyebarkan pelbagai berita palsu dan menggemparkan orang ramai. Bagi mereka yang pernah terkena dengan dakyah si penipu ini, pasti mereka sudah sedia masak dengan kegemaran Sharifah Sofia, iaitu menyebarkan cerita yang kelihatan menarik, tetapi tidak benar dan hanyalah penipuan semata-mata. Sebelum ini, Sharifah Sofia pernah menulis beberapa berita palsu terutamanya berkaitan dengan insiden pesawat MH370, insiden pesawat MH17, mengenai pendedahan DOJ Amerika Syarikat pada hari Isnin, isu SPRM dan lain-lain. Hentikanlah penipuan yang memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa pesawat MH370 dan MH17, kerana ia amat menjejas dan menyedihkan ahli keluarga!

Terkini, Sharifah Sofia Syed Rashid sekali lagi mengulang modus operandi penipuannya, dengan fokus terhadap politik negara. Si penipu ini menyebarkan berita bahawa akan ada pemimpin negara yang melarikan diri ke China kelak, pendakwaan ke atas YB Rafizi dan YAB Lim Guan Eng akan ditangguhkan bagi mengelakkan kemarahan rakyat, serta YAB Timbalan Perdana Menteri akan dijatuhkan dari dalam parti.

Penyebaran berita palsu seperti ini di media social bukanlah perkara baharu di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang pelbagai jenis penyebaran berita palsu terutamanya mengenai ‘kejadian mencemaskan’ dalam banjir besar Kelantan 2014, peristiwa pesawat pejuang asing ‘menggugurkan bom’ di Sungai Muar, berlaku ‘letupan bom’ berhampiran Hotel Istana Kuala Lumpur, ‘jari palsu’ bakal digunakan dalam PRU 14, kad pengenalan bernama Cina dipegang oleh ‘lelaki Bangladesh’, dan banyak lagi.

Si penipu ini sebenarnya bijak menggunakan ‘wow factor’ dengan menggunakan frasa dan perkataan tertentu untuk menarik minat pembaca. ‘Faktor wow’ ini kemudiannya diadun dengan unsur-unsur emosi seperti geram, cemas, ketakutan dan kemarahan, untuk mendapatkan reaksi balas pembaca agar menyebarkan mesej palsu berkenaan. Tidak dinafikan, sesetengah berita dan mesej itu kedengaran menarik untuk dibaca dan dikongsikan, namun sayangnya ia adalah palsu, tidak bernilai dan berisiko mendatangkan masalah undang-undang kepada orang yang menyebarkannya.

Bagi memenuhi tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara Malaysia, sukacita sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa pengguna Facebook ‘Sharifah Sofia Syed Rashid’ ini sebenarnya dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan kerana telah menyebarkan pelbagai berita fitnah sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam. Orang awam boleh menghubungi Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Encik Zulkarnain Mohd Yasin di http://www.mcmc.gov.my bagi sebarang maklumat berkaitan identiti si penipu ini.

Share: