Tiada Bukti Mengesahkan Kehadiran Kumpulan Bersenjata Luar Di Lahad Datu

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menyatakan bahawa pihak ESSCOM tidak mengesan sebarang tanda mengenai kehadiran orang (kumpulan bersenjata) seperti yang didakwa seorang pekerja ladang berhampiran Sungai Ladang, Blok 8, Felda Sahabat 2, Cenderawasih, Lahad Datu pada 30 April lalu.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pihak ESSCOM sentiasa peka terhadap sebarang perkembangan semasa dan sentiasa mengambil langkah yang perlu bagi memastikan tiada sebarang pendaratan (kumpulan bersenjata) dari luar.

Share: