Muhammad Wanndy Mohd Jedi, anak kelahiran Melaka adalah nama yang tidak asing ekoran label ‘pengganas yang dikehendaki’ oleh pelbagai pihak berkuasa pelbagai negara. Beliau juga terkenal di internet dengan nama samaran Abu Hamzah Al-Fateh, sebagai ‘spotter’ bagi merekrut anak-anak muda menyertai IS.

Sebenarnya, nama Muhammad Wanndy mula menjadi terkenal apabila beliau dikatakan menjadi perancang terhadap serangan bom tangan ke atas kelab malam Movida di Puchong, Selangor.

Populariti beliau semakin meningkat apabila beliau dilihat muncul di dalam video penyembelihan warga Syria yang kononnya mengkhianati Islam dengan menjadi pengintip musuh. Muhammad Wanndy seboleh-bolehnya cuba menonjolkan dirinya di internet sebagai seorang penjihad yang hebat, untuk memudahkan tugasnya merekrut orang-orang baru menyertai IS.

Tidak ramai yang tahu apakah peranan sebenar Muhammad Wanndy ini di Syria. Merujuk kepada maklumat rakyat Malaysia yang tinggal berdekatan beliau di sana, Muhammad Wanndy ini hanyalah berperanan sebagai pengawal, dan tidak mempunyai sebarang tugasan hebat yang boleh dibanggakan.

Penipuan bahawa beliau terlibat dalam pelbagai tugasan penting IS hanyalah propaganda untuk menarik orang-orang baru yang naif menyertai kumpulan pengganas, dan memesongkan pemahaman mereka bahawa kononnya apa yang dilakukan mereka adalah berdasarkan ajaran Islam sebenar.

Mereka sebenarnya telah termakan pujukan seorang ‘pak guard’.

Share: