NGO Sebagai Topeng Niat Jahat

Setiap tahun, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menerima beribu-ribu permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan di seluruh Malaysia. Dari bilangan permohonan tersebut, dianggarkan 50-60 peratus permohonan diluluskan oleh ROS. Kini, lebih dari 160,000 pertubuhan bukan Kerajaan telah berdaftar di bawah ROS. Ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk berpersatuan semakin meningkat di Malaysia.

Walau bagaimanapun, di antara puluhan ribu pertubuhan dan persatuan yang berdaftar ini (dan juga puluhan ribu lagi yang tidak berdaftar), terdapat persatuan dan pertubuhan yang berbaur perkauman dan ekstrim yang mampu menggugat dan mengancam keselamatan negara.

Terdapat juga persatuan dan pertubuhan yang menyamar sebagai persatuan yang ‘legit’ tetapi sebenarnya merupakan ‘front’ bagi kumpulan ekstrimis dan radikalis merekrut dan mempengaruhi ahli dan menyebarkan ideologi dan agenda tersembunyi kumpulan tersebut.

Sejauh manakah ROS serta pihak berkuasa lain khususnya PDRM memantau dan mengekang ajaran rasis, radikal dan ekstrimism dari menular melalui persatuan-persatuan ‘jahat’ ini?”

Pertubuhan seperti BERSIH 2.0, HINDRAF, Dong Zong, Perkasa dan SSKM kerap kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman dan keagamaan yang mampu membangkitkan kemarahan dan kebencian antara kaum di Malaysia.

Sungguh pun presiden atau ahli pertubuhan tersebut menjustifikasikan kenyataan berbaur perkauman tersebut sebagai hak asasi dan kebebasan bersuara masing-masing, tetapi mereka sememangnya sengaja dan sedar bahawa kenyataan rasis mereka ini akan membangkitkan kemarahan dan kebencian kaum dan agama lain di Malaysia.

Samada ianya satu sandiwara politik kotor, publisiti murahan ataupun sememangnya berniat untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara, pihak Polis perlu memandang serius kenyataan dan tindakan kepimpinan pertubuhan ekstrimis ini. Mereka perlu diheret di bawah Akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA kerana berniat untuk menyebabkan keganasan, memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.

ROS serta pihak berkuasa lain di Malaysia perlu tegas dan adil dalam menangani ancaman ngara ini yang berselindung di sebalik nama pertubuhan NGO rasmi yang berdaftar agar ketenteraman dan keharmonian kaum dan agama yang dikecapi sekarang terjamin.

Share: