Guru, Polis Antara 35 Orang Terbabit IS di Kedah, Kata Polis

ALOR SETAR: Seramai 35 orang, termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki terbabit dengan kegiatan IS, ditahan di seluruh Kedah antara tahun 2013 hingga April lalu.

 “Guru berumur 30-an ini telah memberi bantuan dana dan sokongan kepada militan IS melalui laman media sosial dan siasatan lanjut mendapati guru ini aktif memberi sokongan kepada kumpulan itu sejak 2 tahun lalu.

“Penangkapan guru ini dijalankan hasil risikan anggota polis namun dia belum dihadapkan ke mahkamah kerana siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar bersempena persaraannya Jun ini.

 Beliau berkata 2 anggota polis turut ditahan dalam tempoh tersebut namun seorang daripadanya telah dilepaskan selepas siasatan dijalankan manakala seorang lagi dikenakan tindakan.

Polis, kata Abu Bakar, akan turut memperketatkan kawalan di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand bagi mengelakkan pihak tertentu daripada menyeludup masuk senjata api untuk digunakan bagi menggugat keamanan negara.

“Apabila pintu sempadan dibuka 24 jam nanti, kita percaya banyak pihak yang akan cuba ambil kesempatan tetapi saya yakin dengan kemampuan pegawai dan anggota polis Kedah untuk mengawal pintu sempadan dengan baik.Abu Bakar

“Kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand juga akan terus dijalankan bagi bertukar maklumat demi kepentingan dan keamanan kedua-dua negara,” katanya.

 

Sumber : FMT
Share: