Sambutan Ulang Tahun TLDM Catat Sejarah

KUANTAN – Sambutan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kali ke-83 hari ini cukup signifikan dan melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali secara rasmi seragam operasi bercorak celoreng digital diperagakan pada perbarisan  hari ini.

Pakaian operasi baharu itu turut diperagakan pada perbarisan sempena sambutan itu di Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Pangkalan TLDM  Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Imej baharu seragam operasi itu diharap  akan meningkatkan lagi semangat dan kesungguhan pegawai dan anggota dalam perkhidmatan.Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany

Menurutnya, sempena sambutan ulang tahun TLDM ke-83 juga, Mawilla 1 turut mengadakan hari terbuka pada 29 April ini.

 Katanya, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai menaiki dan merasai pengalaman berada di atas empat kapal TLDM yang berlabuh di pangkalan itu pada hari berkenaan.

“Selain peluang naik ke atas kapal, orang ramai yang datang turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

“Pada hari berkenaan, kita turut adakan pelbagai aktiviti antaranya gerai pameran dan jualan serta pertandingan memancing,” katanya.

Justeru beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan hari berkenaan dan pada masa sama dapat mengenali TLDM secara lebih dekat.

 Sumber : Sinar Harian
Share: