Perlembagaan Persekutuan Alat Memecahbelahkan Rakyat?

Kenyataan Kassim Ahmad di dalam sebuah portal online pada 17 April yang lepas disifatkan sebagai membawa kesan teruk terhadap keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. Artikel beliau bertajuk ‘Governments have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’, menyeru kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan dan status agama persekutuan perlu dibuang.

Perbuatan ini jelas adalah suatu perbuatan jenayah, dan pihak berkuasa perlu menyiasat Kassim Ahmad kerana menghasut di bawah Akta Hasutan, serta kemungkinan kesalahan lain dalam Kanun Keseksaan, dan memulakan pendakwaan di bawah undang-undang.

Perbuatan yang jelas amat merosakkan hubungan antara kaum dan agama ini, boleh menjadi bibit-bibir permulaan ketegangan di kalangan rakyat di dalam Persekutuan. Hasutan ini juga jelas boleh menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam, justeru ia perlu ditangani dengan pantas dan tegas, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini.

Antara kandungan Perlembagaan Persekutuan digubal bagi menjamin hak individu dan hak beragama rakyat di dalam Persekutuan, namun Kasim Ahmad jelas mahu menggunakan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas untuk memecahbelahkan rakyat yang berbilang agama di Malaysia. Tindakan sebegini haruslah dikutuk kerana berniat jahat dan boleh mencetuskan masalah besar kelak.

Share: