Penipuan Forex : Pesanan Ikhlas Seorang Forex Trader

Sedikit perkongsian mengenai forex semoga ianya dapat membuka mata dan minda kawan-kawan diluar sana. Selalunya forex sering dikaitkan dengan skim cepat kaya, MLM, atau scam dan ada juga yang beranggapan bahawa forex merupakan jalan mudah untuk mendapat keuntungan dan menjadi jutawan sekelip mata. Malangnya ramai juga yang tertipu menjadi mangsa penipuan sehingga ada yang muflis dibelengu beban hutang, menjadi buruan ah long dan macam2 lagi.

Ketahuilah bahawa forex adalah perniagaan paling pantas menjana keuntungan sehinggakan anda mampu menjadi jutawan, namun anda juga boleh muflis dalam masa yang singkat. Ketahuilah ‘scammer’ sentiasa mencari peluang dengan menggunakan modus operandi dengan janji pulangan keuntungan daripada pelaburan yang lumayan demi menarik orang ramai untuk melabur dalam forex.

Polis telah membuka tiga kertas penyiasatan terhadap lapan suspek  skim penipuan forex melibatkan 23,000 orang mangsa dan kerugian dianggarkan kira-kira sebanyak RM 80 juta. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani

Dalam setiap pelaburan forex, kawan-kawan seharusnya peka dengan kes-kes penipuan melibatkan pelaburan forex khususnya apabila ‘scammer’ ini menyatakan bahawa broker atau syarikat ‘kononnya’ mempunyai lesen yang sah serta ‘screen shot’ keuntungan bagi menunjukkan pulangan yang lumayan. Ini hanyalah bertujuan untuk  mempengaruhi mangsa bagi memulakan melabur. Yang jelas kawan-kawan harus ingat bahawa dalam industri forex ini, tiada pulangan keuntungan tetap setiap bulan.

Sebelum kawan-kawan terjebak dan tertipu, seeloknya buatlah semakan dahulu agar tidak menyesal kemudian hari. Kawan-kawan boleh buka website Bank Negara Malaysia untuk semakan. Bank Negara menyediakan pelbagai panduan dan maklumat berkaitan institusi kewangan yang sah di Malaysia. Ini penting bagi mengelakkan rakyat Malaysia terpedaya dengan pelaburan yang tidak sah dan salah di sisi undang-undang. Sebarang pelaburan yang salah dan melibatkan penipuan pastinya akan memberikan kesan negatif kepada mana-mana individu yang kemudiannya akan bertindak di luar batasan hasil daripada bebanan yang dihadapi.

“Usah bermain forex kerana forex bukan untuk dibuat main-main. Jika anda bermain forex permainan anda pasti GAME OVER”.

Share: