Komen netizen bahawa Malaysia keseorangan di dalam menangani krisis Korea Utara, dan negara sahabat seperti China pun tidak mahu membantu, adalah amat mengecewakan. Tidakkah mereka sedar bahawa Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican telah secara jelas memberi penerangan berhubung isu itu dalam menjawab pertanyaan Senator Tan Sri S Nallakarupan di Dewan Negara.

Datuk Seri Reezal Merican juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia di Korea Utara telah menerima pelbagai bantuan antarabangsa, daripada kedutaan Indonesia, Pakistan dan Kesatuan Eropah (EU). Cuma, dalam menjalankan rundingan, Malaysia berpendapat adalah lebih baik rundingan terus dibuat sendiri berbanding menjalankan rundingan menerusi orang tengah, demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Kenapa Malaysia mahu mengadakan rundingan terus secara bersendirian?

Jawapannya adalah amat mudah, dan ramai yang sebenarnya tidak menyedari akan kewujudan jawapan ini. Jawapannya, Malaysia sememangnya mahir dan cekap dalam mengurus, melaksana dan menjalankan rundingan!

Pemimpin Kanan Pemisah di Donetsk, Alexander Borodai bercakap semasa majlis penyerahan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 kepada Kolonel Mohamed Sakri dari Majlis Keselamatan Negara, di Donetsk, 22 Julai, 2014.

Mungkin ramai yang telah lupa, bahawa pada tahun 2014 Malaysia telah mengadakan rundingan terus dengan puak pemisah haluan kiri di Ukraine, dalam menguruskan isu pesawat MH17. Perdana Menteri Malaysia sendiri telah membuat panggilan terus kepada Alexander Borodai, ketua puak pemisah tersebut, bagi mendapatkan semula kotak hitam pesawat serta bagi membolehkan pasukan keselamatan Malaysia untuk menuntut semula mayat mangsa MH17 di kawasan konflik berkenaan.

Pada tahun 1989, Malaysia juga telah berjaya menjalankan Rundingan Damai Haadyai (dan Rundingan Damai Baling, 1955) dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Tiada negara di dunia ini yang mampu mematah dan menamatkan ancaman komunis di meja rundingan seperti yang dilakukan oleh Malaysia.

Penawanan Tebusan di Bangunan AIA, Kuala Lumpur oleh Tentera Merah Jepun (JRA ), 4 Ogos 1975.

Pada tahun 1975 pula, Malaysia telah mengadakan rundingan dengan pengganas Anti Imperialist International Brigade (AIIB) atau Japanese Red Army, yang telah menawan Bangunan AIA Kuala Lumpur, serta kedutaan beberapa negara seperti Sweden dan Amerika Syarikat.

Melalui rundingan, Malaysia telah berjaya memujuk pengganas membebaskan para tebusan sedangkan AIIB/JRA ini terkenal dengan tindakan ganas mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai di Lapangan Terbang Lod Israel di mana 24 orang telah terbunuh dan 80 orang cedera. AIIB/JRA ini juga pernah melakukan beberapa siri rampasan kapal terbang, mengebom pusat rekreasi tentera AS di Itali, dan juga menembak kedutaan Jepun, Kanada dan Amerika di Indonesia dengan menggunakan mortar.

Masih ragu dengan keupayaan Malaysia?

Saya bangga menjadi anak Malaysia!

 

 

Share: