Mesyuarat Rapat Koordinasi Ke-11 PDRM Kontijen Sarawak dan POLRI KALBAR

KUCHING – Pada 13 April 2017, bertempat di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak berlangsungnya Mesyuarat Rapat Koordinasi atau RAKOR Kali Ke-11 antara Polis Diraja malaysia Kontinjen Sarawak dan Polis Republik Indonesia Kalimantan Barat POLRI KALBAR yang merupakan satu program kerjasama dua hala yang mana objektifnya adalah bagi memperhalusi serta membincangkan isu-isu yang menjadi penghalang di antara kedua-dua negara ini dalam membanteras aktiviti-aktiviti jenayah terutamanya di sempadan.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah berhubung kes kecurian dari Negeri Sarawak yang dibawa masuk ke Indonesia,jenayah samun rantau,kemasukan pendatang asing tanpa izin,perkongsian maklumat serta isu-isu lain yang releven hingga penyelesaian bersama diperlukan.

Mesyuarat Rapat Koordinasi atau RAKOR Kali Ke-11 antara Polis Diraja malaysia Kontinjen Sarawak dan Polis Republik Indonesia Kalimantan Barat (POLRI KALBAR) yang telah diadakan sejak 1984 melalui penubuhan “ GENERAL BORDER COMMITTE” yang mana telah banyak menghasilkan kerjasama yang positif terutamanya dalam aspek pembanterasan jenayah di sempadan kedua-dua negara.

Turut diadakan upcara menandatangani Buku Perakuan Persepakatan Mesyuarat Koordinasi Kali Ke-11 Tahun 2017 oleh YDH CP Datuk Mazlan Bin Mansor,Pesuruhjaya Polis Sarawak dan YTH. IRJEN POL Drs. Musyafak, S.H, M.M, Kepala Kepolisan Daerah Kalimantan Barat (KAPOLDA KARBAR).

Sumber : FB Friends of PDRM

Share: