Malaysia berminat mempertimbangkan pembelian pelbagai kelengkapan pertahanan dari Perancis termasuk pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA), Rafale buatan Dassault Aviation untuk meningkatkan sistem pertahanan negara. Produk pertahanan Perancis adalah antara produk ketenteraan berkualiti yang diperakui di seluruh dunia.

Seperti negara-negara lain, Malaysia di dalam belanjawannya telah menyediakan sejumlah peruntukan pertahanan bagi tujuan ketenteraan. Pertahanan negara yang kuat akan dapat memastikan keselamatan negara dan kestabilan politik di rantau ini terpelihara serta terjamin dari ancaman luar. Kualiti peralatan adalah aspek penting demi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik, berkesan serta tahan lama.

Tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan cadangan kerajaan ini adalah amat tidak patriotik dan berfikiran sempit. Multi Role Combat Aircraft (MRCA) adalah pesawat canggih yang hanya dikeluarkan oleh negara tertentu sahaja. Bukan semua negara memiliki teknologi MRCA ini. Pesawat ini amat digeruni musuh, dan Malaysia buat masa ini hanya memiliki pesawat MRCA jenis Sukhoi-30 MKM yang diperoleh dari Russia.

Malah,kunjungan rasmi Presiden Perancis hanya ke Malaysia, Singapura dan Indonesia juga memperlihatkan kedudukan penting Malaysia sebagai antara negara sahabat utama Perancis di rantau ini. Malaysia dan Perancis telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 60 tahun yang lalu.

Malaysia tidak boleh bergantung dengan satu-satu negara sahaja di dalam aspek perolehan aset ketenteraan. Apa yang pasti, apabila bercakap mengenai isu keselamatan, perbezaan ideologi politik harus diketepikan untuk kepentingan bersama. Jangan disebabkan kepentingan tertentu kita sanggup berkompromi untuk mencari salah orang lain yang akhirnya meletakkan keselamatan negara terancam

Share: