Amerika Syarikat sedang berunding dengan China mengenai kemungkinan menguatkan respon Majlis Keselamatan PBB – seperti sekatan – terhadap tindakan Korea Utara yang berulang kali melakukan pelancaran peluru berpandu balistik mereka, yang dikutuk olah 15 anggota Majlis Keselamatan PBB lain, kata seorang diplomat.

Ia tidak jelas bagaimana keterbukaan Beijing dalam kemungkinan untuk membuat sekatan baru ke atas Korea Utara. Majlis itu secara tradisinya telah mengetatkan lagi sekatan sebagai tindak balas kepada lima ujian nuklear Korea Utara dan dua pelancaran roket jarak jauh.

Sekatan pertama kali dikenakan ke atas Pyongyang pada tahun 2006.

Korea Utara telah pada tahun lalu meningkatkan ujian peluru berpandu, menembak berpuluh-puluh pelbagai jenis roket, menurut Korea Selatan. Mereka  melakukan ujian baru-baru ini selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, namun ianya gagal.

“Tindakan Korea Utara sejak ujian nuklear terakhir mereka memaksa kita untuk melihat pelbagai langkah-langkah yang akan memberi tekanan kpeada mereka,” kata seorang jurucakap Perwakilan Tetap AS  ke PBB pada Selasa lepas.

Pentadbiran Trump secara agresif menekan Beijing untuk mengekang sekutu dan jiran mereka, Korea Utara dan memberi amaran bahawa semua pilihan akan dipertimbangkan jika Pyongyang terus berdegil dalam pembangunan nuklear dan peluru berpandu mereka.

Tetapi China berkata ancaman ketenteraan tidak akan menjernihkan keadaan dan menuduh Amerika cuba untuk meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea. Beijing mengulangi pendirian mereka dalam menentang penggunaan sistem pertahanan anti-peluru berpandu THAAD AS di Korea Selatan dan menggesa ia dihentikan serta-merta.

Secara tradisinya, Amerika Syarikat dan China akan berunding mengenai sekatan baru sebelum melibatkan ahli majlis yang lain. Diplomat PBB berkata rundingan setakan ini masih hanya antara AS dan China.

Sekurang-kurangnya, Amerika Syarikat berjaya menarik China untuk bersetuju dalam mengutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada resolusi tersebut.

Inilah yang turut dilakukan pada tahun 2013 sebagai tindak balas kepada pelancaran roket jarak jauh pertama Korea Utara, yang menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, pada tahun 2012. Pyongyang bagaimana pun mendakwa pelancaran roket berkenaan adalah bagi meletakkan satelit cuaca ke orbitnya.

Share: