Setelah Korea Utara melakukan beberapa ujian peluru berpandu, seteru utama mereka, Amerika Syarikat pula melakukan perkara yang sama apabila melancarkan ujian peluru berpandu antara benua milik mereka. Ianya seolah-olah mencabar ujian yang telah dilakukan oleh pihak Korea Utara.

Tentera Udara AS melakukan ujian tembakan peluru berpandu balistik antara benua yang mampu mencapai jarak lebih 4,000 batu sebelum jatuh di lautan Pasifik Selatan selepas dilancarkan pada Rabu lepas dari pangkalan di California.

Peluru berpandu itu bagaimanapun tidak dilengkapi sebarang peledak, menurut Tentera Udara.

Peluru berpandu The Minuteman III  dilancar jam 12:03H pada Rabu dari Vandenberg Air Force Base, 130 batu barat laut Los Angeles.

Menurut pegawai-pegawai pertahanan, ujian ini telah lama dirancang. Apabila ditanya tentang masa ujian di tengah-tengah ancaman di sekeliling Korea Utara, seorang pegawai memberitahu, “Jika kita telah membatalkan pelancaran itu, yang akan menjadi cerita juga.”

Tentera Udara Amerika Syarikat mempunyai 450 buah Minuteman III di dalam silo bawah tanah di tiga pangkalan di Wyoming, North Dakota dan Montana. Nombor ini akan dikurangkan kepada 400 pada tahun-tahun akan datang, kata seorang pegawai kanan tentera Amerika Syarikat.

Tentera Amerika juga mengekalkan aset pengebom jarak jauh B-2 dan B-52 yang boleh dilengkapi dengan senjata nuklear serta kapal-kapal selam peluru berpandu balistik. Ia termasuk jet pejuang Tentera Udara yang boleh membawa senjata nuklear taktikal yang lebih kecil.

Misi ini adalah sebahagian daripada program untuk menguji keberkesanan, kesediaan, dan ketepatan sistem senjata, kata pegawai Tentera Udara.

Komander 30th Space Wing, Kolonel John Moss, berkata pelancaran peluru berpandu The Minuteman III telah dilakukan untuk mengesahkan status kuasa nuklear Amerika Syarikat dan untuk menunjukkan keupayaan nuklear negara.

Dalam ujian The Minuteman III itu, ia bergerak lebih daripada 4,000 batu ke arah sasaran pada Kwajalein Atoll berhampiran Kwajalein Atoll di Kepulauan Marshall.

“Kita telah berjaya melancarkan satu lagi peluru berpandu Minuteman III. Pelancaran ini penting untuk mengesahkan status keupayaan dan untuk menunjukkan keupayaan nuklear negara kita. Kami berbangga dengan sejarah kami dalam Flight Test Squadron untuk melaksanakan misi-misi ini untuk negara.”Kolonel John Moss

 

 

Selepas ini kita mungkin boleh dengar Rusia pula yang buat ujian berpandu antara benua. Kemudian mungkin China pun akan menunjukkan kemampuan peluru berpandu mereka. Apa lagi selepas ini?

Sarjan Misai

Share: